Selamat Datang Ke

Tuisyen
Al-Khawarizmi

"Anak Pintar Dunia & Akhirat"

Akademik | Rohani | Bahasa

Selamat Datang Ke

Tuisyen Al-Khawarizmi

Melalui Kaedah Hybrid, Tuisyen Al-Khawarizmi menawarkan pembelajaran merangkumi Sains dan Matematik bagi mencerdaskan pemikiran dan kemahiran menyelesaikan masalah, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk memperkukuh komunikasi serta kefahaman akademik, serta Asas Solat sebagai tunjang pembinaan sahsiah, rohani dan disiplin diri. Pendekatan ini memastikan murid berkembang secara menyeluruh, sejajar dengan keperluan kanak-kanak yang memerlukan keseimbangan intelek, emosi dan spiritual demi kejayaan dunia dan akhirat.

Tentang Kami

Tenaga pengajar kami terdiri daripada pendidik berpengalaman di sekolah swasta dan antarabangsa, mahir dengan kaedah pengajaran moden serta pendekatan berpusatkan murid. Pengalaman ini membolehkan kami memahami perbezaan keupayaan dan keperluan pembelajaran setiap murid dengan tepat.

Modul pembelajaran khas disusun secara sistematik, selari dengan silibus semasa dan tahap murid Darjah 4, 5 dan 6. Setiap modul menekankan pemahaman konsep, latihan berperingkat dan aplikasi praktikal — bukan sekadar hafalan.

Pendekatan kami membimbing murid untuk berfikir, bertanya dan memahami dengan yakin, sambil menerapkan nilai disiplin, adab dan tanggungjawab dalam suasana pembelajaran yang positif.

Kami yakin gabungan pendidik berpengalaman, modul tersusun dan pendekatan menyeluruh bukan sahaja melahirkan murid yang cemerlang dalam akademik dan matang dari segi sahsiah, malah mampu membentuk generasi yang berguna, berdaya saing dan produktif dalam masyarakat.

Program Kami

Pendaftaran Untuk Intake 2026
Kini Dibuka.

Subjek Yang Ditawarkan

Sains

Matematik

Bahasa Melayu

Bahasa Inggeris

Asas Solat

Masa Depan Anak Bermula Disini

Kenapa Perlu Pilih Tuisyen Al-Khawarizmi?

Daftar Anak Anda di Tuisyen Al-Khawarizmi Hari Ini!

Sedang mencari Tuisyen yang berkualiti untuk anak anda? Tuisyen Al-Khawarizmi adalah pilihan yang tepat!
Hubungi kami di 0172360016 atau tekan butang daftar sekarang.

Alamat HQ:
B-1-9 Block B, Plaza Damas, Jalan Sri Hartamas 1, 50450 Kuala Lumpur

Cawangan Terengganu:
Premis 1, Masjid Gong Tok Nasek, 21100 Kuala Terengganu, Terengganu